Pembuka Bicara

Sunday, January 31, 2010

Teknik menghafal.

Memori anda sukar untuk mengingat sesuatu dalam bentuk tulisan. Nota sejarah contohnya selalu penuh dengan tulisan berwarna-warni. Walaupun warna boleh membantu daya ingatan, memori anda masih hadapi kesukaran kerana tulisan yang berwarna-warni kadangkala boleh membuatnya berserabut dan tidak teratur.


Jadi, mulai hari ini, anda perlu fikirkan bagaimana caranya untuk menukarkan nota-nota anda dalam bentuk gambar. Bayangkan, jika anda baca buku sejarah, selalunya anda mudah lupa apa yang anda baca. Namun, jika anda baca komik (yang dipenuhi dengan gambar-gambar), anda boleh ingat apa yang anda baca. Malah, anda boleh ceritakan semula kepada kawan-kawan apa yang telah anda baca itu.


Gunakan langkah-langkah ini untuk menukarkan nota anda kepada bentuk gambar.


1. Pertama, katakan nota anda di tulis dalam satu muka surat penuh, cari kata kunci di dalam nota tersebut. Kata kunci adalah perkataan atau ayat yang boleh menggambarkan keseluruhan nota tersebut. Contohnya, katakan nota anda adalah berkenaan simbol-simbol yang boleh ditemui di dalam makmal Sains sekolah. Jika ia dibaca dalam bentuk ayat, penjelasan untuk satu simbol mungkin agak panjang. Jadi ia sukar untuk diingat. Apa yang anda boleh buat ialah mencari hanya satu kata kunci bagi simbol tersebut


Contohnya, jika anda lihat simbol bahan berasid, anda boleh guna kata kunci ‘menghakis’. Lihat simbol, terus ingat kata kunci ‘menghakis’. Anda tidak perlu hafal kesemua penjelasan mengenai simbol tersebut kerana setelah anda faham kata kuncinya, anda boleh jelaskan maksudnya dengan ayat anda sendiri.


2. Kedua, lukiskan kata kunci anda itu. Nota anda sekarang patut dipenuhi dengan gambar-gambar kata kunci anda. Jika anda ada 5 kata kunci dalam satu nota, jadi anda ada 5 gambar. Kadangkala, 1 gambar boleh menerangkan lebih daripada 1 kata kunci. Contohnya, kata kunci anda ialah mangsa dan pemangsa. Mungkin anda boleh lukiskan gambar seekor helang sedang menyambar seekor tikus. Apabila anda ingat gambar tersebut, anda boleh ingat bahawa helang adalah pemangsa dan tikus adalah mangsa. Anda akan sedar bahawa gambar dan kata kunci ini jauh lebih mudah untuk anda ingati.


Ada masanya, anda mempunyai banyak kata kunci yang perlu diingat dan kata kunci itu semua langsung tidak berkait. Sukar juga kalau terlalu banyak gambar yang anda perlu ingat.

No comments:

Post a Comment